Sidang Akhbar Program Menambah Keanggotaan KPD

27

AUGUST, 2016

Bukit Aman, KL – Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (Koperasi PDRM) telah mengadakan Pelancaran Program Menambah Anggota “Membership Drive” di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 30 November sehingga 2 Disember 2016.

Program yang berlangsung selama tiga (3) hari itu, bertemakan ” Sejahtera Bersama Koperasi Ke Arah Memperkasakan Ekonomi Anggota “, menghimpunkan seluruh anak syarikat dan perkhidmatan yang disediakan oleh anggota, sekaligus memberi peluang untuk anggota mendapat penerangan yang lebih jelas dan maklumat terkini malah membuka peluang pelaburan dan perkhidmatan  yang memberi manfaat dan kebajikan kepada anggota dan keluarga mereka.

Program Membership Drive telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua Koperasi PDRM, juga merupakan hari bertemu anggota-anggota Koperasi PDRM yang terdiri daripada anggota PDRM dan kakitangan Awam yang berkhidmat dengan Jabatan Polis di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada hari tersebut, pihak Koperasi PDRM dapat membuka ruang dan peluang untuk mendekati anggota dengan lebih akrab dalam suasana yang lebih santai.

Pameran dan gerai-gerai oleh kakitangan Koperasi PDRM dan anak syarikat yang mengambil bahagian telah dikunjungi oleh anggota dan kakitangan awam di Jabatan PDRM untuk mendengar sendiri penerangan yang disampaikan secara terus oleh pegawai-pegawai Koperasi PDRM dan anak-anak syarikat yang lain. Melalui penglibatan dalam aktiviti yang diadakan adalah diharapkan anggota dapat mengenali dengan lebih dekat dan mendapat maklumat yang lebih tepat dan lengkap mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan.

 

Want new articles before they get published?

Subscribe
to our Newsletter.

Home     About     Investment Area    Media     Career     Contact

KOP MANTAP BERHAD

Tingkat 2B, Bangunan Koperasi Polis,

No.1 Jalan Sulaiman,

50000, Kuala Lumpur.

info@kopmantap.com

+603 2276 5776

+603 2276 5770