Pelancaran Program “Membership Drive”

27

AUGUST, 2016

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (Koperasi PDRM) bakal merintis ke arah transformasi menyeluruh dengan Pelancaran Program Menambah Anggota “Membership Drive” yang akan diadakan di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 30 November sehingga 02 December 2016.

Program yang akan berlangsung selama tiga (3) hari itu, bertemakan “Sejahtera Bersama Koperasi Ke Arah Memperkasakan Ekonomi Anggota”, akan menghimpunkan Koperasi PDRM dan kesemua anak syarikatnya bagi memberikan penerangan secara lebih jelas dan maklumat terkini tentang pelaburan dan perkhidmatan yang ada sekaligus memberi peluang kepada anggota PDRM dan anggota Koperasi khususnya mendapatkan informasi yang memberi manfaat dan kebajikan kepada mereka serta ahli keluarga.

 

Program “Membership Drive” yang bakal dirasmikan oleh Yang Dihormati IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar,Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Koperasi PDRM, adalah merupakan hari bertemu anggota Koperasi PDRM yang terdiri daripada anggota PDRM dan kakitangan Awam yang berkhidmat dengan Jabatan Polis di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada hari tersebut pihak Koperasi PDRM membuka ruang dan peluang untuk mendekati anggota secara lebih akrab dalam suasana yang lebih santai dan mesra. Adalah dianggarkan seramai 2,000 pengunjung dari kalangan anggota PDRM bakal mengunjungi pameran yang akan diadakan di Lobi Menara 1, Bukit Aman.

Pameran oleh Koperasi PDRM dan anak syarikat yang mengambil bahagian boleh dikunjungi oleh semua anggota PDRM dan kakitangan awam di Jabatan PDRM untuk mendengar sendiri penerangan yang disampaikan secara terus oleh pegawai-pegawai Koperasi PDRM dan wakil dari anak-anak syarikat yang lain. Melalui penglibatan dalam aktiviti yang diadakan,  anggota akan dapat mengenali Koperasi PDRM dengan lebih dekat dan mendapat maklumat yang lebih tepat dan lengkap mengenai kesemua produk dan perkhidmatan yang disediakan.  Koperasi PDRM sedang merencanakan program yang sama ke seluruh pelusuk negara bagi membolehkan anggota yang kini mencecah 84,000 orang mendapat peluang untuk bertemu dan mendapat maklumat koperasi secara telus dan tepat.

 

Transformasi Koperasi PDRM ini juga adalah penjenamaan menyeluruh melibatkan perkhidmatan, pemasaran, komunikasi dan operasi dimana anggota akan diberikan pemahaman mengenai kedudukan terkini dan hala tuju pengurusan Koperasi PDRM. Sejajar dengan kecanggihan perkembangan media masa kini, Koperasi PDRM turut akan melancarkan akaun Facebook Koperasi PDRM pada majlis perasmian tersebut, dalam menggiatkan penyebaran maklumat  dengan lebih cepat dan konsisten kepada anggota-anggota Koperasi PDRM, selain dengan kewujudan Facebook sebagai satu langkah mengukuhkan jalinan hubungan antara anggota-anggota Koperasi PDRM dengan Koperasi PDRM.

Perkhidmatan utama Koperasi PDRM adalah pembiayaan kepada anggotanya yang terdiri daripada pembiayaan peribadi, pembiayaan Barangan/Konsumer,  pembiayaan yuran pelajaran untuk anggota atau anak-anak mereka yang mendaftar di Kolej Unikop dan Skim Perlindungan Insurans untuk diri sendiri dan keluarga disamping lain-lain kemudahan yang turut disediakan seperti pengeluaran modal yuran bagi tujuan perjalanan keluar negara atas urusan agama, melanjutkan pelajaran dan pembelian rumah atau tanah. Koperasi PDRM juga menyediakan kemudahan tanpa caruman tambahan iaitu khairat kematian dan insentif pelajaran kepada anak anggota yang mendapat keputusan yang cemerlang.

“penjenamaan menyeluruh melibatkan perkhidmatan, pemasaran, komunikasi dan operasi dimana anggota akan diberikan pemahaman mengenai kedudukan terkini dan hala tuju pengurusan Koperasi PDRM.”

Selain daripada perkhidmatan utama di atas, anggota-anggota juga boleh mendapat manfaat daripada prasarana yang disediakan oleh kumpulan anak syarikat dipameran tersebut. Salah satu anak syarikat Koperasi PDRM yang akan turut bersama di proram ini adalah Kolej Unikop yang telah 20 tahun beroperasi sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menawarkan pelbagai kursus pembelajaran di peringkat sijil dan Diploma. Koperasi PDRM  pada Mei 2016 juga telah meluluskan koptravel2pinjaman pendidikan khas kepada semua anggota dan anak-anak anggota dengan kadar bayaran balik pinjaman yang dikenakan sebanyak 3.8% bagi mereka menyambung pengajian melalui Kolej Unikop.

Selain daripada sektor pendidikan, penglibatan didalam sektor pelancongan juga memberi pelbagai manfaat kepada anggota koperasi dan juga PDRM. Melalui KOP Travel & Tours Sdn Bhd yang kini menguruskan 100% perjalanan anggota PDRM didalam dan luar negara, menyediakan perkhidmatan merangkumi semua aspek seperti tiket penerbangan, logistik, penginapan dan lain-lain. Kepada anggota-anggota koperasi juga, pelbagai pakej-pakej pelancongan ke destinasi didalam dan luar negara juga ditawarkan dengan harga yang istimewa khusus untuk pameran tersebut, malah pakej umrah dan ziarah akan diperkenalkan kepada anggota tidak lama lagi.

Portal  pembelian secara atas talian untuk anggota PDRM yang dibangunkan oleh KOP Tradtech Sdn Bhd, iaitu KPDMall.com juga akan diperhebahkan. Laman portal KPDMall.com dibina seiring dengan perkembangan teknologi masa kini bagi memenuhi keperluan dan membantu anggota yang sentiasa sibuk membuat tradtechpembelian secara “online” dimana-mana sahaja asalkan mempunyai talian internet menggunakan komputer atau telefon pintar dengan mudah dan selamat. Dengan kerjasama dari pelbagai pengedar dan syarikat swasta, pelbagai barangan elektrik dan elektronik, “gadget”, fesyen, produk kesihatan, produk pemakanan dan juga insurans boleh didapati di portal ini. Keistimewaan KPDMall.com adalah ahli Koperasi PDRM juga boleh memilih untuk membuat pembiayaan atas barangan yang dibeli dengan terma dan syarat tertentu, pembelian secara pinjaman akan mendapat kelulusan automatik yang lebih cepat dan mudah. Selain itu, sebuah portal lain iaitu MyShoesPortal.com bakal dilancarkan untuk kemudahan semua warga PDRM.

 

Kepelbagaian sektor perniagaan ini juga diperkembangkan ke sektor peruncitan atau kedai serbaneka dengan pembukaan KPDMart Community,sebuah kedai serbaneka dengan berkonsepkan moden dan segar. KPD Mart Community membekalkan pelbagai jenis barangan kering dan juga barangan basah dengan nilai yang terbaik untuk pengguna. KPDMart Community juga mengeluarkan produk jenamanya sendiri iaitu Beras Sona Mahsuri, Beras Super Spesial Tempatan 5% dan Beras Super Import 5%. Beberapa lagi kedai serbaneka KPDMart Community sedang dalam perancangan untuk dibangunkan beberapa lokasi strategik yang akan memberi kemudahan kepada semua anggota.agrolink-latest

Dengan berlandaskan perkhidmatan yang sedia ada dan disokong oleh sektor-sektor lain seperti perhotelan, pembinaan, sekuriti dan polis bantuan, adalah diharapkan Program Membership Drive dapat menambah anggota serta dapat memberikan maklumat terkini kepada anggotaKoperasi PDRM. Kini, Koperasi PDRM dilandasan terbaik untuk meningkatkan pulangan kepada anggota Koperasi PDRM dan anggota PDRM malah menjadi pemacu kepada pembangunan negara.

Penulis Ketua Polis Negara

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 3:12 AM

Want new articles before they get published?

Subscribe
to our Newsletter.

Home     About     Investment Area    Media     Career     Contact

KOP MANTAP BERHAD

Tingkat 2B, Bangunan Koperasi Polis,

No.1 Jalan Sulaiman,

50000, Kuala Lumpur.

info@kopmantap.com

+603 2276 5776

+603 2276 5770