Pelancaran KPD Mart

28

JULY, 2016

KPD MART COMMUNITY BERKONSEPKAN KEDAI SERBANEKA MODEN DAN SEGAR

Kuala Lumpur, 28 JULAI 2016: Koperasi Polis Diraja Malaysia pada hari ini mengumumkan pembukaan rasmi kedai serbaneka pertamanya, KPD Mart Community. Bertempat di Kolej Unikop, Taman Koperasi Polis Fasa 2, kedai serbaneka ini, menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang murah dan berpatutan.

KPD Mart

Berkonsepkan moden dan segar, KPD Mart Community membekalkan pelbagai jenis barangan kering dan juga barangan basah dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.

KPD Mart juga mengeluarkan produk jenamanya sendiri iaitu Beras Sona Mahsuri, Beras Super Spesial Tempatan 5% dan Beras Super Import 5%. Malah kerjasamanya dengan PERKEP Malaysia akan memberikan peluang bagi lebih banyak produk tempatan dipasarkan dikedai serbaneka ini dan bakal dipasarkan dipasaraya-pasaraya besar.

KPD Mart Community adalah hasil kerjasama antara KOP Logistic & Distribution Sdn Bhd dan Prolink Marketing Sdn Bhd. KOP Logistic & Distribution adalah anak syarikat KOP Mantap Berhad, anak syarikat pelaburan Koperasi Polis Diraja Malaysia.

Selain daripada sektor peruncitan terbaru ini, KOP Mantap Berhad juga menguruskan anak-anak syarikat lain dalam bidang perhotelan, pendidikan, logistik, pembinaan, sekuriti, polis bantuan, IT, pelancongan dan juga penerbangan.

Pengerusi Eksekutif KOP Mantap Berhad, Datuk Mohd Nazar Samad, dalam ucapan beliau menganggap kerjasama tersebut sebagai suatu usaha yang amat bermanfaat dalam membangunkan industri kecil sederhana (IKS) dan mengalakkan produk dan pembuatan Malaysia.

Beliau berkata KPD Mart Community telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli belah yang mudah, cepat dah selesa tanpa kesesakkan orang ramai yang biasanya dapat dilihat dipasaraya atau pasaraya besar.

KPD Mart Community, katanya, bakal memberikan manfaat kepada penduduk Taman Koperasi Polis Fasa 2 dan Kolej Unikop “Selain daripada penduduk setempat, KPD Mart Community juga akan memberikan peluang kepada anggota PDRM dan ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia untuk mendapat pulangan melalui pelaburan mereka sebagai ahli koperasi,” ujar beliau.

KPD Mart

Dalam ucapan Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, yang juga merangkap Yang DiPertua Koperasi Polis DiRaja Malaysia, beliau menyambut baik usaha berterusan KOP Mantap Berhad dalam memajukan Koperasi Polis Diraja Malaysia khususnya disektor peruncitan.

“Saya yakin bahawa KPD Mart Community mampu bersaing dengan kedai serbaneka lain malah akan menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh rakyat Malaysia”, ujar beliau.

Want new articles before they get published?

Subscribe
to our Newsletter.

Home     About     Investment Area    Media     Career     Contact

KOP MANTAP BERHAD

Tingkat 2B, Bangunan Koperasi Polis,

No.1 Jalan Sulaiman,

50000, Kuala Lumpur.

info@kopmantap.com
+603 2276 5776
+603 2276 5770