Kejohanan Bowling Bagi Tahun 2016
3
DECEMBER, 2016

KOPMANTAP - Bowling Tournament

Berjaya Times Square, Ampang Superbowl: (3 Disember 2016).

Pasukan KOP Mantap Berhad telah mengungguli kejohanan Bowling Piala Pusingan Pengerusi Eksekutif yang julung-julung kali diadakan. Tempat kedua telah dimenangi oleh Sabre Malaysia dan tempat ketiga oleh Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Pertandingan ini diadakan dengan objektif utama untuk menggalakkan perhubungan diantara kakitangan dan mengeratkan hubungan korporat antara Kop Mantap Berhad dan rakan kongsi perniagaan.

Kejohanan bowling ini telah disertai oleh 88 peserta dari 22 kumpulan anak-anak syarikat dan rakan kongsi perniagaan. Dengan penyertaan sejumlah peserta ini, ia telah mewujudkan semangat daya saing baik diantara semua pihak. Acara ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Mohd Nazar B. Samad Pengerusi Eksekutif Kumpulan Anak Syarikat Kop Mantap Berhad.

Acara pertandingan ini telah dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah kepada 40 orang peserta bertuah. Secara keseluruhannya, hadiah-hadiah ini telah mendapat sumbangan daripada rakan-rakan perniagaan seperti Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad, Air Asia, Malaysia Airlines Berhad, PROTASCO, NEC Sdn Bhd, Next Edge, Malaysia University Science & Technology (MUST), Hermit Solution Sdn Bhd, EMKAY Synergy Sdn Bhd, Jakel dan FUNCELL. Manakala sumbangan dari anak-anak syarikat seperti Kop Security Sdn Bhd, Kop Construction Sdn Bhd, Kop Travel &Tours Sdn Bhd, Auxiliary Force Sdn Bhd dan Kolej Unikop. Sumbangan yang ditawarkan adalah berbentuk penajaan pakej percutian, tiket penerbangan, wang tunai dan pelbagai barangan yang dijadikan hadiah cabutan bertuah untuk kakitangan anak-anak syarikat dan rakan perniagaan yang menyertai.

“Kakitangan Anak Syarikat dan Rakan Kongsi Perniagaan, saling memerlukan justeru itu, hubungan diantara kedua-dua belah pihak ini seharusnya baik dan saling bekerjasama diantara satu sama lain. “Sebagaimana yang kita lihat hanya sukan mampu menyatukan masyarakat tidak kira siapapun mereka sekalipun berbeza latar belakang, darjat, agama dan bangsa. “Menyedari bahawa aktiviti sukan adalah medium terbaik menyatukan semua sekali gus memupuk semangat berpasukan, Kop Mantap Berhad terpanggil untuk menganjurkan pertandingan bowling untuk menyemai semangat bekerja dalam satu pasukan,” ujar Datuk Mohd Nazar Samad.

Kejohanan bowling yang meriah ini akan dijadikan acara tahunan oleh Kop Mantap Berhad setiap tahun. Kejohanan ini dijadikan medium penyatuan yang baik bagi menguatkan hubungan diantara pekerja, menggalakkan hubungan yang lebih erat dengan rakan perniagaan, imej yang profesional dan korporat serta meningkatkan kesedaran jenama dan pendedahan kepada pelanggan yang berpotensi. Semoga kerjasama sebegini akan diteruskan dengan jayanya pada tahun 2017.

Want new articles before they get published?

Subscribe
to our Newsletter.

Home     About     Investment Area    Media     Career     Contact

KOP MANTAP BERHAD

Tingkat 2B, Bangunan Koperasi Polis,

No.1 Jalan Sulaiman,

50000, Kuala Lumpur.

info@kopmantap.com
+603 2276 5776
+603 2276 5770